Produk Dan rawatan Kami

 Utama / Produk Dan rawatan Kami

Rawatan Bekam Sunnah AzZahra sejak 2013 kami telah membekam ribuan pesakit lelaki dan wanita.

A ) RAWATAN BEKAM SUNNAH LELAKI DAN WANITA


Apa itu BEKAM?


Secara mudahnya, bekam atau berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris pula ianya disebut sebagai Cupping.


Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.


Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar.

KEUTAMAAN BERBEKAM.


Di dalam agama Islam, amalan berbekam adalah merupakan sunnah para rasul, sebagaimana yang tertera di dalam hadis yang bermaksud :


“Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.”( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas).


Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :


Dalam riwayat Tirmizi  dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :

“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun  pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam!’” (Sohihul Jami’ : 5671)


Dari Ibnu ‘Abbas r.a :

“Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam!”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).


Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan.


HADIS-HADIS BERKAITAN BEKAM


Selain daripada dua hadis yang telah dinyatakan di atas tadi, tedapat beberapa lagi hadis yang berbicara mengenai kehebatan amalan bekam. Ini sekali lagi menunjukkan betapa aktiviti berbekam itu mempunyai manfaat yang besar kepada umat manusia, dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.


Silalah memperhalusi hadis-hadis berikut bagi memperkuatkan keyakinan anda terhadap kegiatan bekam sebagai penyembuh dan pencegah penyakit yang sangat berkesan :

1.      Dari Ibnu ‘Abbas r.a :

“Kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam, dan ‘kay’ dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari ‘kay’” (Sahih al Bukhari, At Thibb, Juz 1, halaman 5680)

2.      Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a ia berkata : Saya pernah mendengar nabi bersabda :

“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api (kay) yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak sukat berubat dengan ‘kay’”(Sahih al Bukhari)


MENGAPA HARUS BERBEKAM ?


Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

 

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

 

“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”

 

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…

Sabda Rasulullah SAW…

“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”

(Hadis sahih)


KEBAIKAN BERBEKAM


* Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.

* Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.

* Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur..

 

B) Minyak Kelapa Dara AzZahraVco / Virgin Coconut Oil AzZahraVco


Info dan Khasiat Minyak Kelapa Dara


MINYAK KELAPA DARA adalah 100% organik dan diperolehi daripada pohon kelapa yang hidup secara semulajadi. Menggunakan kelapa matang berkualiti, tanpa menggunakan haba dan tidak diproses secara kimia. MINYAK KELAPA DARA mengandungi nutrien seperti vitamin E terkandung didalam MINYAK KELAPA DARA


KHASIAT MINYAK KELAPA DARA :

 

1-Mengurangkan risiko penyakit jantung

2-Merangsang metabolisme

3-Menyokong fungsi tiroid

4-Membantu anda menurunkan dan mengekalkan berat badan yang ideal

5-Membunuh Virus, bakteria, kulat dan protozoa

6-Memiliki sifat antioksidan semulajadi

7-Tidak membebankan organ pankrease

8-Lemak tepu rantai sederhana. (MCFA – mudah dihadham)

9-Sudah mula dihadhamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya kurang berkembang.

10-Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima

11-Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.

12-Sel jadi cekap dan efisien

13-Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas

14-Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh

15-Tiada LDL kolesterol

16-Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid

17-Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.

18-Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara.

19-Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)

20-Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)

21-Meningkatkan daya tahan (endurance)

22-Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi.

23-Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.



BANYAK MANFAAT MINYAK KELAPA DARA ASLI :

 

Masalah Resdung

Minyak kelapa dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting Minyak kelapa dara. Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan Minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung.

 

Masalah Tiroid

Minyak kelapa dara boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dapat memberi bermanfaat untuk masalah tiroid. Minyak kelapa dara dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.

 

Penjagaan Rambut

Minyak kelapa dara merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat memberikan mereka kulit berkilau. Urutan kepala dengan minyak kelapa dara memastikan bahawa kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala anda kering. Minyak kelapa dara banyak digunakan di benua India untuk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ini juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak. Oleh kerana itu digunakan sebagai minyak rambut dan digunakan untuk membuat pelbagai penyejuk dan krim mencegah kelimumur. Minyak kelapa dara disapu untuk rawatan rambut.

 

Penjagaan Kulit

Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab. Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan Minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. Hal ini juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia. Minyak kelapa juga membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, eksim dan lain-lain jangkitan kulit. Oleh kerana itu minyak kelapa bentuk bahan dasar berbagai perawatan tubuh produk-produk seperti sabun, lotion, krim, dll, digunakan untuk rawatan kulit.

 

Melewatkan proses Penuaan

Minyak kelapa dara membantu dalam melewatkan proses penuaan awal dan penyakit degeneratif kerana sifat antioksidan semulajadi.

 

Penyakit Jantung

Ada salah faham yang tersebar di antara orang ramai bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung. Ini kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu. Sebenarnya, Minyak kelapa dara memberi kebaikan untuk jantung. Ia mengandungi asid laurik sekitar 50% hingga 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Lemak tepu yang terkandung di dalam Minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain. Itu tidak menyebabkan peningkatan kadar LDL. Ia dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis.

 

Masalah Berat Badan

Minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan berat badann. Mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Minyak kelapa dara lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman. Seterusnya, meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreases, membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan membantu orang yang gemuk dan kelebihan berat badan dan membantu mengurangkan berat badan mereka. Itulah sebabnya, orang-orang yang tinggal di daerah pantai tropika, yang menjadikan minyak kelapa sebagai sumber makanan utama mereka, biasanya tidak mengalami masalah berat badan, obesiti atau kegemukan.

 

Untuk Pencernaan

Minyak kelapa dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah didalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. Lemak tepu dalam Minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan. Minyak kelapa dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino.

 

Sistem imun atau Kekebalan tubuh

Minyak kelapa amat baik untuk sistem kekebalan tubuh. Membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh kerana ia mengandungi lipid antimikrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang antikulat, memiliki sifat anti bakteria dan antivirus yang kuat. Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan bahkan HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia.

 

Penyembuhan secara semulajadi

Jika diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan, membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh tubuh. Minyak kelapa dara yang paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak.

 

Masalah Jangkitan

minyak kelapa sangat efektif melawan pelbagai jangkitan kerana sifat-sifatnya antikulat, antivirus, dan antibakteria. Menurut sebuah Pusat Penyelidikan , Minyak kelapa membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpes, SARS, dll juga boleh membunuh bakteria yang menyebabkan sakit telinga, infeksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia, dan gonore. Minyak kelapa dara juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat kronik, ruam lampin.

 

Mencegah masalah Hati

Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak.

 

Kencing Manis atau Diabetes

Minyak kelapa dara membantu dalam mengawal kadungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.

 

Untuk Tulang

Seperti disebutkan sebelumnya, minyak kelapa dara meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk menyerap mineral penting. Ini termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.

 

Penjagaan Gigi

Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu dalam mendapatkan gigi yang kuat. Minyak kelapa dapat membantu masalah kerosakan gigi.

 

Untuk Kesihatan

Minyak kelapa dara sering digunakan oleh para atlit untuk menguatkan tubuh dan mereka yang sedang mengamalkan diet. Ini kerana Minyak kelapa dara mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah diubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri. Minyak kelapa dara dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, dan dapat meningkatkan prestasi atlit.