Apa itu minyak kelapa dara / Virgin Coconut Oil Pure (VCO)?

 Utama / Apa itu minyak kelapa dara / Virgin Coconut Oil Pure (VCO)?

Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO)

 

Energy Booster Azzahravco amalkan setiap hari.

 

Apa itu minyak kelapa dara / Virgin Coconut Oil Pure (VCO)?

 

Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil atau lebih mudah dipanggil VCO keluaran Azzahra2u.my menggunakan 100% bahan semulajadi yang diproses & dihasilkan dalam bentuk cecair.

 

Minyak Kelapa Dara ( VCO ) ini memiliki pelbagai manfaat kesihatan :

Rawatan rambut

Rawatan kulit

Mengawal kolesterol

Menurunkan berat badan

Meningkatkan sistem kekebalan tubuh, pencernaan dan metabolisma 6) Mencegah masalah buah pinggang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis/diabetes, HIV dan kanser

Penjagaan gigi dan kekuatan tulang.

Dan Sebagainya.

 

Manfaat Minyak Kelapa Dara AzzahraVCO dikaitkan dengan kewujudan asid laurik, asid capric dan asid caprylic, dan ia memiliki sifat-sifat seperti antimikrob, antioksidan, antikulat, antibakteria.

 

 

 

Kandungan Minyak Kelapa Dara?

Minyak Kelapa Dara ( Virgin Coconut Oil ) adalah 100% minyak lemak tepu ('saturated oil'). Walaupun begitu, lemak tepu tersebut adalah jenis yang mudah larut dalam badan. Lemak tepu Minyak Kelapa Dara terdiri dari asid lemak yang amat bermanfaat untuk kesihatan badan.

         

Kandungan 50% asid laurik dan antara 6-7% asid capric. Asid Lauric dan Asid Capric adalah sejenis lemak asid yang tergolong dalam lemak asid yang dipanggil 'Medium Chain Fatty Acids (MTFA)' atau lemak asid berantai sederhana.

         

Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis MTFA iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains membuktikan kesan positif untuk kesihatan jika diamalkan pengambilannya oleh manusia samada bayi mahupun dewasa tidak kira diminum, sapuan pada kulit badan, serta boleh digunakan semasa hubungan intim suami isteri.

        

Oleh kerana molekul yang amat halus, MTFA yang terkandung dalam Minyak Kelapa Dara AzZAHRAVCO mudah diserap tubuh & ditukar menjadi tenaga serta amat jarang bertukar manjadi lemak 'jahat'. MTFA mengeluarkan tenaga, bukan lemak. Ia tidak meninggalkan kesan negatif dalam bentuk kolesterol dan membantu mengelak sakit jantung (Bruce Fife, C.N.,N.D., The Coconut Oil Miracle)

 


Apa kata pakar antarabangsa tentang Virgin Coconut Oil (VCO)

 

 

 

 “ Minyak kelapa adalah makanan penting yang bermanfaat bagi abad ke 21. Dengan terdapatnya maklumat klinikal dan saintifik tentang sifat-sifat antimikrobialnya yang menyihatkan dalam minyak kelapa dara secara khusus dan minyak kelapa secara umum, menjadikannya sangat menarik”.

~ Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program & Rachael Droege) ~

 

 


 

“ Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia.”

~ Dr. Bruce Fife ( Director of the Southern Colorado Chapter of the Weston A. Price Foundation) ~

 

 

 

 “ Minyak kelapa dara adalah salah satu functional food * yang sangat penting untuk abad ke 21. Dengan terdapatnya data serta maklumat klinikal dan saintifik berhubung dengan khasiat kesihatan dan sifat-sifat antimicrobial yang ada pada lauric oil secara amnya, dan minyak kelapa secara khususnya, menjadikannya sangat menarik.”

~ Prof.Dr.Mary G.Enig. ( Director, Nutritional Science Division, Enig Associates, Inc.) ~

 

 

 

Petikan Artikel mengenai Minyak Kelapa Dara dari Agromedia ( Bil 19 )

 

 

Minyak kelapa dara atau nama inggerisnya ‘Virgin Coconut Oil’ begitu dikenali terutama di negara barat.  Permintaannya di pasaran kian meningkat dan dijangka akan terus meningkat seiring dengan penemuan saintifik masa kini.  Tentu ramai yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara bermaksud minyak kelapa yang tidak menerima rawatan kimia atau haba yang berlebihan.  Dengan kata lain, ia merupakan minyak kelapa yang dapat mengekalkan kandungan nutriennya selepas diproses.

 

Kebanyakan minyak kelapa yang terdapat di pasaran terutamanya minyak masak, merupakan minyak yang telah ditulenkan, dilunturkan dan dinyahbau (refined, bleached  and deodorized).  Minyak jenis ini telah diberikan rawatan kimia dan haba yang tinggi sehingga mencecah 230° C.  Rawatan haba yang tinggi menyebabkan segala kebaikan semulajadinya seperti anti-oksidan musnah atau terbuang semasa pemprosesan. Minyak kelapa yang menerima rawtan haba yang tinggi akan mempunyai warna kekuningan berbanding dengan minyak kelapa dara yang tidak berwarna (colourless) mencecah 230° C.  Rawatan haba yang tinggi menyebabkan segala kebaikan semulajadinya seperti anti-oksidan musnah atau terbuang semasa pemprosesan.  Minyak kelapa yang menerima rawtan haba yang tinggi akan mempunyai warna kekuningan berbanding dengan minyak kelapa dara yang tidak berwarna (colourless).

 

Keistimewaan minyak kelapa dara sebenarnya telah lama diperkatakan.  Walau bagaimanapun masyarakat kita di Malaysia masih tidak menyedarinya dan masih lagi diberikan maklumat yang tidak tepat tentang minyak kelapa dara.  Kita masih fobia dengan penemuan saintifik dari negara barat terutama yang dibuat oleh ‘American Soybean Association’ (ASA) yang mengatakan pengambilan asid lemak tepu menyebabkan peningkatan kolestrol di dalam darah dan seterusnya meningkatkan risiko sakit jantung.

 

 

Kenyataan yang dibuat oleh ASA adalah sebahagian daripada usaha pihak berkenaan dalam kempen memulaukan minyak sawit. Pada masa ini para saintis berpendapat minyak yang mengandungi asid lemak trans adalah lebih berbahaya daripada asid lemak tepu.

 

Asid lemak tepu boleh dibahagikan kepada tiga ketagori iaitu asid lemak tepu berantai pendek, asid lemak tepu berantai sederhana dan asid lemak tepu berantai panjang.  Minyak kelapa mengandungi 60% asid lemak tepu beantai sederhana.  Kajian mendapati penguraian asid lemak tepu berantai sederhana oleh badan manusia adalah berbeza dengan asid lemak tepu berantai panjang.

 

 

Asid laurik, iaitu salah satu asid lemak tepu berantai sederhana, akan terus diserap ke saluran darah dan dihantar ke hati.  Disini asid ini tidak akan disimpan sebaliknya akan dibakar untuk mendapatkan tenaga, sama seperti sifat karbohidrat.  Manakala asid lemak tepu berantai panjang, asid lemak mono tak tepu, asid lemak poli tak tepu serta kolestrol tidak akan terus dibakar sebaliknya akan dikumpulkan bersama protein untuk membentuk sebatian yang dinamakan ‘lipoprotein’ yang akan diedarkan ke aliran darah.

 

Ketidakseimbangan antara pengambilan kumpulan asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu dalam pemakanan akan menyebabkan meningkatnya aras kolestrol dalam darah.

 

 

 

Misteri minyak kelapa kini telah terbongkar. Testimoni demi testimoni telah diperolehi dan semuanya mengakui minyak kelapa dara berkesan bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, mengurangkan risiko sakit jantung, mengurangkan aras kolestrol dalam darah, memperbaiki keadaan  pesakit kencing manis dan pesakit tiroid, sangat sesuai digunakan kepada mereka yang keletihan dan ingin cepat pulih atau mendapatkan tenaga segera.

 

Kajian penyelidikan masa kini telah menukar persepsi dunia tentang minyak kelapa dara.  Dr Mary Enig, seorang pakar biokimia pemakanan dari USA mengakui bahawa minyak kelapa dara satu-satunya minyak semulajadi yang mengagumkan dan sepatutnya dihargai.

 

 

Minyak yang dimakan akan diuraikan oleh sejenis ezim, yang terdapat dalam badan manusia, dikenali sebagai ‘pancreatic lipase’. Enzim ini akan menguraikan minyak kelapa kepada monolaurik dan asid laurik.  Monolaurik dan asid laurik yang terbentuk akan meresap ke dalam saluran darah dan bertindak sebagai anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat dan anti-protozoa.

 

Bahan aktif ini didapati berkesan mengubah atau menyahsruktur sel membran bakteria, kulat dan virus menyebabkan pembiakan mereka terhenti.  Yang menakjubkan, bahan ini hanya bertindak kepada sel membran bakteria patogen (gram positif) dan didapati tidak bertindak kepada bakteria semulajadi yang terdapat dalam perut.

 

 Kajian mendapati monolaurik bertindak kepada 15 jenis virus termasuk virus HIV.  Ujikaji terkini yang dilakukan di Filipina mendapati jumlah pesakit AIDS berkurangan apabila minyak ini dijadikan sebagai makanan tambahan berfungsi (Functional Food).  Pesakit didapati lebih bertenaga dan sihat.

 

Setiausaha Kementerian Kesihatan Filipina dalam satu mesyuarat pada tahun 2003 telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa minyak kelapa merupakan agen yang lebih kuat (potent) untuk meningkatkan tahap ketahanan tubuh dalam menentang selesema burung (SARS) berbanding dengan Vitamin C.   

 

Selain virus, bahan ini juga dikenalpasti dapat menghalang pertumbuhan bakteria seperti Listeria Monocytogenes yang menyebabkan keracunan makanan, Helicobacter Pylon yang menyebabkan luka dalam perut, Staphylocuccus yang menyebabkan keracunan mekanan dan jangkitan saluran kencing, Neisseria yang menyebabkan menigitis dan gonorrhea, dan Chlamydia yang menyebabkan jangkitan genital, konjuktivitis, pneumonia dan lymphogranuloma.

 

Kajian untuk meningkat kandungan monolaurik pada minyak kelapa dara telah dimulakan di Pusat Penyelidikan Bioteknoloji, MARDI pada tahun 2004.  Projek dua tahun tajaan IPPA ini diharap akan dapat menghasilkan minyak kelapa dara yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

 

Untuk meningkatkan sistem ketahan tubuh, anda disyorkan menganbil lebihkurang 50ml atau 3.5 sudu kecil minyak kelapa dara atau 66gram kelapa parut sehari.  Anda yang menghadapi masalah yang disebutkan di atas atau disahkan doktor mengidap jangkitan virus, bakteria, fungus (kulat) dan protozoa bolehlah mencubanya!

 

Ia adalah ANTI-BIOTIK SEMULAJADI yang pengambilannya secara berlebihan tidak akan memudaratkan badan manusia.  Minyak kelapa dara juga sesuai digunakan sebagai pelembap kulit yang pastinya kaya dengan bahan anti-oksidan.

 

Minyak Kelapa Dara AzZahraVCO.

 

 

Dengan terbongkarnya kebaikan serta manfaat Minyak Kelapa Dara ( Virgin Coconut Oil ) ini maka syarikat AzZahra2u.my telah menghasilkan produk berasaskan Minyak Kelapa Dara iaitu: Virgin Coconut Oil - Pure Oil Liquid.

 

Oleh kerana manfaat yang saya sendiri alami setelah mencuba produk keluaran AzZahra2u.my ini maka saya ingin menyarankan anda cuba serta rasai sendiri kebaikan Minyak Kelapa Dara ini.

 

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian saya mengenai Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil ( VCO ).

 

UNTUK BELIAN SILA DAFTAR SEBAGAI RAKANIAGA PERCUMA DI :

www.azzahra2u.my

 

pakej rakaniaga istimewa :

1.    AzzahraVco 100ml RM40 potensi jana bonus RM18,000 sebulan

2.    AzzahraVco 250ml RM70 potensi jana bonus RM37,000 sebulan

 

*sila klik pelan bonus http://goo.gl/hEK1Fv